Sunday, September 27, 2009

sElAmAt HarI raYa DarI puterisksp97!!!


ASSALAMUALAIKUM

setelah lama lebaran berlalu,kami menyusun 20 jari kaki bagi
memohon maaf diatas kesemua kesilapan kami......kepada yang
mengenali diri kami ini,diharap supaya maafkanlah kesemua
kesilapan kami...akhir kata dari puterisksp97...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, June 20, 2009

Biodata puterisksp97



Nama kumpulan :Puteri SKSP
Ketua Kumpulan:Khairun Hanisah binti Kamarudin
Ahli kumpulan :NurBazilah binti Azmi
:Tengku Hanis Syafiqah binti Tengku Aminuddin
:Nur Shahirah binti Zawawi
Emel kumpulan :puterisksp@gmail.com
Sekolah :Sek.Keb.Seri Paka
Umur :12 Tahun
Kelas :6 Al-Bukhari

Friday, June 19, 2009

For All Pupils In 6 Al-bukhari

SEMOGA MURID-MURID 6 AL-BUKHARI
MENDAPAT 5A 1 DI DALAM UPSR!!!
AMIN.....

Thursday, June 18, 2009

Insaflah Diri

Tidaklah rugi berhati-hati,
Waras fikiran amalan murni,
Bertanggungjawab berhemah tinggi,
Semua pengguna kita hormati.

Di dada akhbar kita amati,
Tragedi menimpa setiap hari,
Mengapa ini harus terjadi,
Akibat sikap tidak peduli.

Marilah kwan kita ikuti,
Perturan lalu lintas jangan ingkari,
Kalau perturan tidak dipatuhi,
Akan sesali diri sendiri.

Panas baran jangan turuti,
Itulah sikap membawa rugi,
Orang tersayang kita ingati,
Tidak kecewa keluarga nanti.

JADI KAWAN-KAWAN,RENUNGILAH PANTUN INI UNTUK KESELAMATAN
KITA SENDIRI JUGA.....KITAORANG SIGNOUT DULU...BYE!!!!

Monday, February 9, 2009

Tanda Kematian..takut..

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Tahniah!!

SK Seri Paka, 13 Disember - Sekolah Kebangsaan Seri Paka telah mencatat satu lagi sejarah apabila 45 orang muridnya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini dan seramai 15 orang telah mendapat 4A, 1B.
Keputusan ini adalah merupakan keputusan terbaik semenjak sekolah ini dibuka.Adik-adik semua, ibubapa dan guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk diri kita menjadi manusia yang hebat. Kenangilah semua pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan kepada anda selama ini kerana tiada seorang ibubapa atau guru yang ingin melihat kehancuran hidup anda pada masa hadapan. Tanamkan sikap sayangkan mereka dan hadiahkanlah kejayaan demi kejayaan anda kepada mereka dengan perasaan bangga dan buktikan segala anggapan negatif guru anda di sekolah sebagai satu cabaran kepada diri anda menjadi insan yang hebat.(2008)

Kem Motivasi Tahun Enam 2009

SK Seri Paka, 11 Januari - Satu program motivasi telah diadakan sebagai pemanas badan bagi murid-murid tahun enam 2009. Program motivasi tahun enam ini telah dijayakan oleh guru-guru mata pelajaran UPSR dengan dibantu oleh semua guru yang mengajar subjek elektif tahun enam itu sendiri dan juga dua penceramah jemputan dari sebuah syarikat pengeluar buku berhampiran pekan Paka.



Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua murid tahun enam agar lebih bersedia dengan kaedah dan teknik belajar yang lebih berkesan. Murid-murid juga diberi bayangan awal tentang peperiksaan UPSR itu sendiri serta kepentingan mengapa mereka perlu bersedia lebih awal lagi.

Sunday, February 8, 2009

Romantiknya..

High School Musical 3

Cute Harry Potter

ASYURA

PAKA, 20 Januari - Bagaikan sudah menjadi satu kemestian bagi guru-guru SK Seri Paka apabila Muharram tiba pada saban tahun. Guru-guru bergotong-royong memasak bubur asyura untuk diagih-agihkan buat semua murid sekolah ini yang berjumlah 1163 orang. Program ini telah diketuai oleh Ustaz Hassan Amin dengan dibantu oleh pentadbir sekolah, guru-guru, staf sokongan sekolah serta pekerja-pekerja sekolah. Sebanyak enam kawah bubur asyura telah dimasak cukup untuk dinikmati oleh semua warga sekolah ini. Dengan berlangsungnya program ini diharapkan akan dpat mengukuhkan lagi ukhwah serta mempereratkan lagi tali silaturrahim di antara semua warga sekolah SK Seri Paka.

PETUA MEMBERIKAN TUMPUAN DI DALAM KELAS..

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar

gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua

yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:

Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.

MENGAPA ANDA SELALU LUPA??

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.
Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.
Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..
Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.
Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta:Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.
Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!
Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.


Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.
Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.
Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.
Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Sunday, February 1, 2009